Tuesday, February 11, 2014

CHECKLIST BERPANTANG.

Assalamualaikum..
Hello, people!

Alhamdulillah. Kandungan aku berada dalam minggu ke 36. The next appointment will be on this Thursday. Tak sabar nak tahu perkembangan seterusnya. Dan ini bermakna, aku harus and kena bersedia untuk deliver anytime. So, barang baby dah complete. Jom kita tengok barang berpantang untuk ebu dia plak. Dah complete ke belum. Lets go thru the checklist yang aku dapat dari merata rata hasil bacaan blog blog blogger yang lain.

Gambar yang tak complete. Saje nak letak jugak. 

TUNGKU
batu tungku nie mak mertua aku ada batu sungai. Mak mertua aku memang bakar tungku tue ikut cara orang dulu dulu. Dibakar dengan daun daun apa entah. Tanya aku memang aku tak tahu la. Seminggu pertama aku berpantang di rumah mak mertua aku. Pastu baru aku balik Kuantan berpantang dengan mak aku. Batu tungku nie pun akan balik sekali ngan aku nanti. So, setel!

SET BERPANTANG
Sebelum mengandung aku ada gak tanya kawan kawan aku yang maintain badannya lepas bersalin. Memang kesemuanya jawab set Nona Roguy. Tapi bila aku sendiri dah mengandung and kena decide nak guna set apa time berpantang nanti, aku tertarik ngan Tanamera set. Okay, dah set dalam kepala hotak. Then, aku pegi shopping barang baby dekat kedai baby dorang promote set berpantang B'hidan. Tetiba aku berubah hati. Sampai saat aku memang kena beli, aku beli set berpantang Nona Roguy. Akhirnya.

BENGKUNG
Yang nie pun aku dah beli. Yang nie barang pertama yang aku beli masa memulakan checklist nie. Benda wajibkan. Kata nak jaga badan pas bersalin. Katenyeeee! Aku beli yang ikat ikat tuh. Tak tahula sejauh mana komitmen aku ngan bengkung nie nanti.

MATERNITY PAD
Pad nie aku beli tak banyak. Sebab dorang kate the first week yang banyak darah tue yang pakai this pad. The next week dah boleh pakai pad yang biasa tue. Lebih selesa. Aku beli maternity pad nie dari brand Intimate. Tak berani nak cakap setakat mana selesanya pad nie. Sebab nie first time nak bersalin. So, belum ada pengalaman dalam bab bab nie. Ini pun main beli jek.

STOKIN &SELIPAR
Stokin standy la seberapa banyak yang anda suka. Sebab memang lumrah orang berpantang kena berpanas badan selama 44hari. Selipar nie optional. Tapi if possible pakai lebih elok kata orang tua tua sebab tile kan sejuk. Bolehkahnaku bertahan berpanas nanti. Fuhhh..

KAIN BATIK
Part nie paling lemah. Aku jujurnya memang tak pandai pakai kain kain batik nie. Memang akan londeh. Sedang baju pink kat hospital tue banyak kali aku nak terlucut. Pun memang kena standby la kain batik nie. Adat berpantang.

SWEATER / CARDIGAN
Aku prefer cardigan. Cukuplah kot untuk panaskan badan.

SHAPE PLUS
Aku nak gunakan supplemen nie untuk turunkan berat badan. Shape plus and fiber strawberry tue sekali. Tapi takdela makan awal awal berpantang tue. Minggu ketiga keempat mungkin. Kakak ipar aku suggest supplemen nie sebab dia amalkan masa berpantang dulu. 

NURSING BRA
Yang nie standby banyak pun takpe. Aku dah beli beberapa helai. Dan dah cuba pakai pun. Biar susu tak kuar lagi pun. Lagi selesa dari bra yang biasa pakai nie. Hehe

TUKANG URUT
Since aku decide first week nak berpantang di Kajang, at least sekali before balik Kuantan aku nak berurut. Mungkin hari keempat kelima macam tue. Seriusly kat Kajang aku tak tahu kat mana nak cari orang berurut nie. Tapi di suggest oleh kakak ipar aku, berurut dekat As-syifa ke Darus-syifa kat Bangi tuh. Aku pun tak hengat nama dia. Boleh mintak staff dia datang rumah or kita ke sana.

BREASTMILK SUPPLEMEN
Yang nie aku tak carik lagi. Aku memang nak carik since aku memang plan nak fully breatfeed anak aku. Insha allah. Semoga dipermudahkan. Rasa macam susah nak fully breastfeed. Tapi ramai kawan kawan kerja aku yang berjaya. Jadi, aku harap aku jugak mampu. Insha allah..

CHECKLIST FOR NEWBORN

Assalamualikum..
Hello, people!

Dah settle semua baru nak update checklist barang pe nak kena beli. Alhamdulillah, untuk persediaan menyambut anak pertama aku nie, semuanya dah complete. Aku beli pe yang penting untuk deliver dulu. Macam stroller, carseat semua aku hold dulu sampai aku deliver nanti. Tapi aku dah do survey la pe yang aku nak beli nanti. Senang, sampai masa terus beli jek. Untuk anak pertama nie, memang eksited giler la nak bershopping. Haruslah semua nak yang baru. Checklist yang aku sediakan nie, adalah apa yang aku beli and ada sekarang. Aku rasa cukup untuk sampai deliver nanti. Insha allah. Here is the checklist. Dibahagikan beberapa bahagian. Jom kita check!

LINEN



Napkin - memang banyakla kegunaan dia. Aku beli 1pack.
Baju butang - yang nie aku beli tak banyak. Dalam 2pasang jek. Tak termasuk yang orang bagi.
Rompers - yang nie aku beli dalam 12helai sebab size 0-6months 
Sleepsuits - ada 9helai 3size NB and 6 size 3-6months
Barut - yang nie aku tak beli. Kakak ipar aku kasi. 
Blanket - yang nie pun aku beli tak banyak. Asal ada saje.
Sapu tangan - yang nie aku ada dalam 8helai. Beli satu set.
Towel - included hooded towel ada dalam 4helai
Bonnet - aku beli dalam 3helai jek. Tapi ada kakak ipar aku kasi lagi. Agak banyak jugak.
Booties & mittens - yang nie tak perlu banyak kot. Aku ada stok kegunaan seminggu. Hehe
Legging - yang nie tak penting sangat. Tapi aku beli jugak.
Socks - yang nie pun aku beli jugakla since nak pakai lama kan.
Changing Mat - cukuplah satu.
Tilam kekabu - aku dah tempah. Menunggu waktu untuk sampai jek

FEEDING



Botol susu - yang nie aku beli brand comotomo. Memang dah usha lama.
Breast pump - aku tak beli. Kakak ipar aku kasi dia punya brand Medela.
Berus botol susu
Pencuci botol
Bakul
Milk storage - yang nie berlambak. Aku amek free jek kat hospital.
Thermos
Botol air

TOILETRIES


Baby bath - aku guna brand Baby Kingdom
Baby Shampoo - pun dalam set Baby Kingdom
Diapers ointment - Baby Kingdom punya brand jugak
Baby oil
Baby lotion - pun Baby Kingdom punya brand.
Sikat
Bedak
Tungku baby
Pengepit kuku
Berus lidah
Clothes detergent - aku pilih Baby Organix punya brand.
Yuyi cap limau
Cotton bud
Wet tissue - aku tak plan nak guna pun. Tp standby jek
Nasal aspirator
Baby diapers - ouh jangan lupa yang ini! Nyaris lupa nak letak

FURNITURE

Baby cot - aku tak beli baby cot. Aku beli katil budak kat ikea
Drawer - untuk simpan segala baju baby

OTHERS

Hanger
Pengepit
Linen bag

So guys, ini jek yang aku beli untuk barang baby. Ada jugak yang aku tak beli cam botol warmer and etc. You guys boleh try refer checklist dari blog bog yang lebih details. Sebab some things aku rasa macam tak guna. Rasanya nie je kot. Sekian, assalamualikum!

Sunday, February 9, 2014

PERSEDIAAN BEG UNTUK BERSALIN.

Assalamualaikum..
Hello, people!

Alhamdulillah. Cerita pasal mendobi sudah. Sekarang tiba masanya nak cerita pasal barang apa nak bawak pegi hospital. Beg nie orang cakap kena standby awal in case terberanak awal. Tapi aku setelkan beg nie sepenuhnya masa kandungan aku 35minggu. Sekaranglah maksudnya tuh. Aku dah start prepare since 33minggu. Start dari tuh, hari hari aku bukak beg nie nak top up barang. Since aku decide nak beranak kat hospital government dimana tempat aku bekerja, jadi agak banyak jugakla barang yang aku kena sediakan. Tapi, aku try jugaklah nak minimise kan barang sebaik mungkin. Lagipun if takde problem ngan ebu and baby. Sehari je pun stay kat hospital. Tak perlu la kot nak bawak barang banyak banyak. Bila aku dah setelkan beg nie, aku selalu la pesan and tunjuk dekat suami. Nie barang yang nak kena bawak nanti. Dia pun dah naik muak dengar. Hehe.

Ini dia senarai barang yang aku bawak hasil dari sumber bacaan dari blog blog. Harapnya cukup. Tapi tak cukup takpe. Rumah depan hospital jek.

BARANG DALAM BEG


1 helai kain batik - kain nie untuk balik rumah jek nanti.
2 helai tuala - untuk ebu satu, untuk baby satu
1 helai T shirt - nie pun untuk pakai masa discharge nanti
1 helai cardigan - pakai selepas bersalin nanti
1 pasang stokin - pun pakai pas bersalin nanti
2 helai Nursing Bra - cukuplah untuk sehari stay kat spital
10 maternity pads - standby lebih sikit pun takpe. Aku cumanya taknak angkut banyak barang.
10 baby diapers - cukup rasanya.
2 helai sapu tangan kecil - untuk lap muntah baby atau pas breastfeed baby
2 helai bonnet - warna yang berlainan. Satu nk pakai duk spital, satu nak pakai time discharge
2 pasang mittens and booties - pun kaler yang berbeza
2 pasang baju berbutang lengan panjang - baju newborn tue
1 helai rompers - saje standby
2 helai jumpsuit - satu sleepsuit satu jumpsuit lawa untuk discharge
1 helai towel with hooded - satu cukupla watpe banyak2
2 helai napkin - nak guna untuk bedung. nipis siket
1 helai blanket - in case diperlukan
1 helai tudung - tak kisahlah tudung apa janji senang pakai
1 helai barut baby

BARANG DALAM BAKUL


Set mandian baby
Minyak Kelapa Dara
Toiletries ebu
Bedak dan segala macam alatan make up baby
2 packs disposible panties
Botol spray air [ aku pun tak tahu pnggil pe botol tuh ]
Thermos
Botol air
Beg plastik - untuk simpan baju kotor
Sepasang selipar

Nie je barang barang yang aku bawak nampak macam banyak. Tapi beg tue tak besar mana pun. Ouh ye, menurut bacaan, mereka asingkan barang yang nak diguna lkat labour room. Lepas bersalin misi akan mintak baju baby. Jadi, aku asingkan barang barang tersebut dalam plastik yang lain. Aku simpan dalam beg tuh. Senarai yang kat atas tue termasuk dengan barang yang aku asingkan nie.

BARANG BABY DI LABOR ROOM

Sepasang baju butang - kadang dorang pakaikan baju je. Tp standby je la seluar tue.
Sepasang mittens and booties
Sehelai towel with hooded
Sehelai napkin
Baby oil - katanya mereka tak mandikan dulu baby just cuci guna baby oil

Bila kita dah asingkan barang barang nie, jangan lupa bagitahu kat suami. Senang keje dia nanti. Takdela dia sepahkan barang barang dalam beg tue nanti. Letak barang nie kat bahagian atas sekali. Ok sekian saje. Sebarang tambahan barang akan diupdate kemudian. Barang barang nie tak termasuk makanan lagi ye kawan2. Yang tue takpe, di hospimart de jual. Hehe. Tapi bawakla kurma ke air zamzam ke untuk minum. Okla untuk mummy to be yang menunggu masa je nak bersalin. Semoga semuanya lancar dan selamat.

MENDOBI.

Bismilahirrahmanirrahim..
Hello, people!

Sekarang kandungan dah berusia 35minggu. Jadi sudah tiba masanya nak bercerita pasal mendobi baju baby. Sebenarnya aku dah mendobi baju baby nie masa kandungan 33minggu tak silap. Punyala eksited habaq ang. Tambah tambah barang barang linen dah complete time tuh. Hari hari aku duk bawak kuar barang barang baby nie nak tengok pe yang tak cukup lagi. Sampai naik pening kepala laki aku. Biasala anak pertama, eksitednya lain macam sikit. Jadi dengan rasa gembira dan bahagianya aku hari tuh. Aku keluarkan semua linen linen tersebut dan mencabut tag tag yang berkenaan. Dengan menggunakan pencuci bernama seperti dibawah, aku rendamkan kesemua linen linen yang ada. Asingkanlah yang putih dengan yang berwarna. Sebagai langkah berwaspada.

 

Tapi detergent nie tak bernau pom. Takde wangian yang dikeluarkan. Disebabkan tue, aku pun mencurahkanlah downy kedalam rendaman baju baju baby aku. Baru mengancam bau dia. Harapnya kulit anak aku takdela nak sensitip sangatkan. Jom mulakan rendaman. 




Aku asingkan baju berwarna dengan baju putih. Mitten ngan booties dan segala-gala yang kecik comel tue pun aku asingkan jadi tiga baldi semuanya. Rendamkan ngan air panas bersama detergent dan downy. Aku takdela beriya nak memberus. Cuma rendam dan bilas beberapa kali. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.lepas siap basuh, masanya nak menjemur. Jadi inilah hasilnya.




Thursday, January 16, 2014

PLAN.

Hello, people! Alhamdulillah, kandungan aku dah mencapai usia 32minggu ataupun 8bulan. Maksudnya just tinggal a few weeks jek before deliver. Preparation? Hurm, belum sepenuhnya setel. Insha allah akan disetelkan bulan nie jugak. Termasuk barang barang untuk berpantang nanti. Jujurnya, beg ke spital belum pun standby lagi. Aku baru nak laundry barang barang baby sabtu nie. Banyak jugak keje untuk disetelkan before deliver nie. Since aku dapat cuti 3 hari nie start dari jumaat. So, aku decide nak kemas rumah dulu. Rumah siyesly dah macam reban ayam. Penuh ngan habuk ngan rambut. Barang2 tak bersepah pun. Takutla kan aku terberanak awal. Manalah tahu tengah2 keje nak terberanak pulak. Memang konfim aku beranak kat spital aku kije nie. Rumah aku pastinya akan jadi port bermalam family aku. Takkan nak bagi dorang duk dalam rumah yang bersemak nie. Jadi, haruslah kemas rumah dulu. Dah setel kemas rumah, baru aku plan nak laundry baju baby plak. If aku larat, hari yang sama aku buat. Tapi klu tak, ari sabtula jawabnya. Maklumlah dah saratkan. Hehe. Pape pun semoga dipermudahkan. Selamat malam, semua!