Tuesday, February 11, 2014

CHECKLIST BERPANTANG.

Assalamualaikum..
Hello, people!

Alhamdulillah. Kandungan aku berada dalam minggu ke 36. The next appointment will be on this Thursday. Tak sabar nak tahu perkembangan seterusnya. Dan ini bermakna, aku harus and kena bersedia untuk deliver anytime. So, barang baby dah complete. Jom kita tengok barang berpantang untuk ebu dia plak. Dah complete ke belum. Lets go thru the checklist yang aku dapat dari merata rata hasil bacaan blog blog blogger yang lain.

Gambar yang tak complete. Saje nak letak jugak. 

TUNGKU
batu tungku nie mak mertua aku ada batu sungai. Mak mertua aku memang bakar tungku tue ikut cara orang dulu dulu. Dibakar dengan daun daun apa entah. Tanya aku memang aku tak tahu la. Seminggu pertama aku berpantang di rumah mak mertua aku. Pastu baru aku balik Kuantan berpantang dengan mak aku. Batu tungku nie pun akan balik sekali ngan aku nanti. So, setel!

SET BERPANTANG
Sebelum mengandung aku ada gak tanya kawan kawan aku yang maintain badannya lepas bersalin. Memang kesemuanya jawab set Nona Roguy. Tapi bila aku sendiri dah mengandung and kena decide nak guna set apa time berpantang nanti, aku tertarik ngan Tanamera set. Okay, dah set dalam kepala hotak. Then, aku pegi shopping barang baby dekat kedai baby dorang promote set berpantang B'hidan. Tetiba aku berubah hati. Sampai saat aku memang kena beli, aku beli set berpantang Nona Roguy. Akhirnya.

BENGKUNG
Yang nie pun aku dah beli. Yang nie barang pertama yang aku beli masa memulakan checklist nie. Benda wajibkan. Kata nak jaga badan pas bersalin. Katenyeeee! Aku beli yang ikat ikat tuh. Tak tahula sejauh mana komitmen aku ngan bengkung nie nanti.

MATERNITY PAD
Pad nie aku beli tak banyak. Sebab dorang kate the first week yang banyak darah tue yang pakai this pad. The next week dah boleh pakai pad yang biasa tue. Lebih selesa. Aku beli maternity pad nie dari brand Intimate. Tak berani nak cakap setakat mana selesanya pad nie. Sebab nie first time nak bersalin. So, belum ada pengalaman dalam bab bab nie. Ini pun main beli jek.

STOKIN &SELIPAR
Stokin standy la seberapa banyak yang anda suka. Sebab memang lumrah orang berpantang kena berpanas badan selama 44hari. Selipar nie optional. Tapi if possible pakai lebih elok kata orang tua tua sebab tile kan sejuk. Bolehkahnaku bertahan berpanas nanti. Fuhhh..

KAIN BATIK
Part nie paling lemah. Aku jujurnya memang tak pandai pakai kain kain batik nie. Memang akan londeh. Sedang baju pink kat hospital tue banyak kali aku nak terlucut. Pun memang kena standby la kain batik nie. Adat berpantang.

SWEATER / CARDIGAN
Aku prefer cardigan. Cukuplah kot untuk panaskan badan.

SHAPE PLUS
Aku nak gunakan supplemen nie untuk turunkan berat badan. Shape plus and fiber strawberry tue sekali. Tapi takdela makan awal awal berpantang tue. Minggu ketiga keempat mungkin. Kakak ipar aku suggest supplemen nie sebab dia amalkan masa berpantang dulu. 

NURSING BRA
Yang nie standby banyak pun takpe. Aku dah beli beberapa helai. Dan dah cuba pakai pun. Biar susu tak kuar lagi pun. Lagi selesa dari bra yang biasa pakai nie. Hehe

TUKANG URUT
Since aku decide first week nak berpantang di Kajang, at least sekali before balik Kuantan aku nak berurut. Mungkin hari keempat kelima macam tue. Seriusly kat Kajang aku tak tahu kat mana nak cari orang berurut nie. Tapi di suggest oleh kakak ipar aku, berurut dekat As-syifa ke Darus-syifa kat Bangi tuh. Aku pun tak hengat nama dia. Boleh mintak staff dia datang rumah or kita ke sana.

BREASTMILK SUPPLEMEN
Yang nie aku tak carik lagi. Aku memang nak carik since aku memang plan nak fully breatfeed anak aku. Insha allah. Semoga dipermudahkan. Rasa macam susah nak fully breastfeed. Tapi ramai kawan kawan kerja aku yang berjaya. Jadi, aku harap aku jugak mampu. Insha allah..

1 comment:

celotehbridezilla said...

Kalam syifa seksyen 15 ke?