Tuesday, December 17, 2013

HAPPY 7 MONTH.

Hello, people!

Alhamdulillah, kandungan dah mencapai usia 7bulan. That's mean, dah boleh beli barang baby. Since mak mertua cakap beli barang baby bila dah masuk 7bulan, saya pun mengambil positif hal itu. Jadi selama mengandung nie saya memang langsung tak membeli barang baby.  Tapi adalah sekali curi curi pergi beli. Masa tue kandungan dah 6bulan lebih. Husband buat treatment rambut. Lama tau nak tunggu. Kebetulan masa kat parking dah nampak kedai baby. Hehe. Hati memang menggigil nak pegi jenguk. Tengah husband buat treatment, cakap kat dia nak pegi jenjalan kat kedai2 depan nie. Haaaa, pe lagi. Lajula pegi. Kononya nak tengok jek. Nan hado, kalau dah tengok barang barang baby yang cute tue takde maknanye nak tengok jek. 

Aku pun pusingla dalam kedai tue dua tiga round. Sambil pikir nak bawak balik barang pe. Round round pnye round, belek punye belek. Aku beli dua set mitten ngan stokin pastu 8 pieces handkerchief. Kalau ikut nak beli botol susu sekali. Sebab tengah sale kan. Sekali, teringat si husband. Kalau beli mesti kena bebel punya. Konfirm! Okla dpt jugak beli even barang2 kecik. Turun kedai suka hati kau bawak barang yang seco'ek tue. Tunjuk kat husband. Hah, hamek jeling terus. Nak kata bini dia degil la tue. 

Sekarang dah cukup 7bulan. Tapi pun belum gerak lagi nak beli barang since cuti aku ngan husband tak sama. Tambah dia agak busy ngan keje dia. Siang malam keje cari duit. Sian abah awak Baby AS.  Inshaallah kalau takde aral melintang, weekend nie mungkin start membeli. Plan sekarang nak beli barang yang patut untuk standby beg dulu. Stroller, carrier apa kejadahnya pas pantang pun boleh beli. Ouh dengan barang2 untuk berpantang. Macam biasa, checklist memang dah siap. Siap ngan harga sekali kau. Punyela eksited. Inshaallah inshaallah. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

No comments: